Kayu Untuk Masa Depan Kita

Bukan sahaja sebagai paru-paru dunia, tetapi hutan juga mempunyai potensi besar, jika diurus secara mampan, untuk menjadi sumber kebajikan yang penting dan membantu menyelamatkan bumi yang sudah menua. Walaubagaimanapun, perubahan besar dalam pemikiran diperlukan untuk membincangkan potensi hutan. Secara khasnya, mengubah persepsi orang ramai mengenai kayu. Walaupun kayu adalah bahan yang sudah dikenali sejak zaman dahulu, inovasi dalam produk berasaskan kayu pada masa kini menjadikannya serasi dengan keperluan masa hadapan. Sebagai contoh, kayu boleh memainkan peranan penting dalam pergerakan global untuk menamatkan pencemaran plastik. Selain itu, kayu dan bahan derivatifnya menawarkan alternatif yang realistik kepada bahan berasaskan mineral yang memiliki jejak karbon yang lebih besar. Ringkasnya, kayu boleh diperbaharui, boleh dikitar semula, mesra iklim, dan bahan semula jadi pelbagai guna.

Walaubagaimanapun, beberapa kerja penting masih perlu dilakukan untuk memanfaatkan potensi hutan,contohnya, komunikasi berkesan mengenai faedah kayu dan menghapuskan salah tanggapan mansyarakat awam tentang pembalakan. Di samping itu, pergerakan global ke arah ekonomi yang lebih hijau diperlukan dengan menggantikan bahan intensif karbon dengan produk berasaskan kayu jika memungkinkan. Untuk tujuan ini, pengurusan hutan mesti mencapai ekosistem yang lestari untuk menghasilkan kayu yang mampan sambil menyediakan perkhidmatan alam sekitar dan budaya. Akhir sekali, pihak berkepentingan perhutanan harus bekerja secara signifikan dalam memerangi perdagangan kayu haram.

Dr Andi Hermawan